Stik skirt ialah potongan
stik daging lembu daripada potongan
perut utama. Rupanya panjang dan leper. Ia sangat berasa, tetapi lebih liat daripada kebanyakan potongan stik yang lain. Justera, potongan skirt sering
diperapkan.Potongan skirt ia potongan pilihan untuk memasak:Stik skirt biasanya diperapkan dan
ditumis-reneh pada suhu rendah atau
digril. Ia perlu dihiris melintangi iranya sebelum dihidangkan. Bagi
masakan Mexico, stik skirt dilembutkan secara mekanik (ditumbuk) sebelum disediakan.Di
Amerika Syarikat, potongan stik skirt pada keseluruhannya mempunyai klasifikasi pemotongan daging
NAMP 121. Bahagian dalamannya yang lebih lembut (NAMP 121D) bersendi dengan
sangkar rusuk (
tulang rusuk 6-12), manakala skirt luaran yang lebih liat (NAMP 121C) terdiri daripada
otot diafragma serta sehelai selaput yang tebal yang perlu dikeluarkan sebelum memasak.Sejak pertengahan
1990-an, stik skirt semakin mahal, akibat kepopularan masakan Mexico di seluruh dunia, khususnya di Amerika Syarikat dan
Kanada.